Popular Posts

Tuesday, 9 June 2015

Mi Udang Di Kedai Pak Long Sobri

Nor Azmi kata dia nak belanja makan mi udang Sungai Dua. Dahulu Pekan Sungai di Seberang Perai Utara cukup terkenal mi udang.Dahulu udang yang digunakan ialah undang galah.Udang galah dari sungai. Ada udang yang besar dan kecil digunakan.

Alias kawanku seorang ahli perniaga mencadangkan dibeli sahaja udang segar dipasar dan minta Pak Long Sobri memakannya. Pak Long Sobri tuan punya kedai bersetuju untuk memakannya.


Petang itu turunlah Md Alif,Azizan Kulim, Hasnah Din,Noor  Azmi Md Jan,Mubarak Ali dan Alias ke warung Pak Long Sobri di Permatang Labu.

Pak Long sendiri yang memasak hidang itu. Dihidangnya udang itu panas-panas. Makan sampai menjilat jari.


Gambar di atas.Depan Nor Azmi. Bersongkok putih Md Alif dan berkacamata Azizan Kulim.


Hidangan mi udang Pak Long Sobri memang sedap.Dalam usia belasan tahun beliau sudah membuka kedai makanan. Beliau anak Permatang Tok Labu.Di sinilah beliau dilahirkan dan dibesarkan. Di sini jugalah mencari rezekinya dengan membuka kedai makan.(Gambarnya yang berbaju kuning).

Baiknya Pak Long Sobri,permintaan kawan-kawan tidak pernah ditolak walaupun kedatangan kami sudah larut malam.Pak Long sentiasa senyum mesra.

Kami begitu selesa makan di warung Pak Long.Di sini jugalah tempat kami berkumpul bila ramai yang pulang ke kampung.



Oleh Abu Rambairy



2 comments:

  1. Kalau tak silap paklong sobri nie masa remaja Biasa kerja dalam NAAFI.(Kedai dalam kem)

    ReplyDelete
  2. Kalau tak silap paklong sobri nie masa remaja Biasa kerja dalam NAAFI.(Kedai dalam kem)

    ReplyDelete