Dia kawan di sekolah rendah dan menengah. Selepas sekolah di Kepala Batas Secondary School aku dengar dia berada di Kuala Lumpur. Khabarnya berniaga di Jalan Mesjid India. Semasa di Kepala Batas,Pulau Pinang, bapanya membuka kedai runcit. Asal usulnya aku kurang jelas.Kami hanya tahu dia berketurunan Mamak.Ejaan namanya juga tidak pasti. Hidayathu ataupun Hitayathu. Pastinya Aku tidak pernah langsung berjumpa dengannya sampai sekarang.
Berita yang terakhir Aku dengar tentang Hidayathu, dia berada dan menetap di Pulau Besar, Melaka.
Wallahu 'Alam.
Oleh Shakir Md Taha




