Popular Posts

Wednesday, 3 June 2015

Sebentar di Manjoi

Kami telah merancang untuk singgah di rumah Ruslan Taib selepas menziarahi Hasnah Din di Kuala Kubu Baru,Selangor.

Kami berhenti berdekatan  Bangunan Percetakan Nasional. Setelah makan mi rebus kedai Ramli kami terus dengan kereta Ruslan ke rumahnya. Kereta Abu Hassan ditinggalkan di hadapan kedai Ramli.
Jalan ke rumahnya tak cantik kata Ruslan.


Rumah dua tingkat terletak di atas bukit menyambut kedatangan kami.Kawasan itu tenang dan damai.Suara azan magrib memecah kesunyian senja yang sudah berbalam-balam.

Kami sempat melawat suasan malam di pekan Manjoi.Majoriti penduduk di sini ialah orang Melayu kelas menengah. Mereka mampu memberikan pendidikan tinggi kepada anak-anak mereka.Dalam hal ini Ruslan tidak terkecuali.

Beliau bersara seawal  umurnya 38 tahun. Sebelum  itu  beliau  seorang guru pendidikan. seni. Beliau terjun dalam dunia pengiklanan.Atas permintaan anak-anak, beliau bersara dari dunia seni pengiklanannya.


Oleh Abu Rambairy

No comments:

Post a Comment