Popular Posts

Monday, 5 October 2015

Malcolm X - The House Negro and the Field Negro

Malcolm X. Oxford Union Debate, Dec. 3 1964

Who Was Malcolm X? - Shaykh Hamza Yusuf | Amazing

(Malcolm X College Lecture)

Khoo Boo Leng Kawan Sekelas

Cukup lama tidak bertemu dengan Khoo Boo Leng.Selepas 1972 baru bulan ini bertemu dengan dia di Jalan Satu Kepala Batas.

Beliau baru berjumpa dengan pelanggannya yang membeli polisi insuran. Itulah kerja sepenuh masanya.

Beliau ada memberi tahu yang dia tidak hadir dalam 'reunion' yang diadakan pada bulan Ogos lalu. Aku pun tersenyum sahaja mendengar sebab beliau tidak hadir dalam 'reunion' itu.

Aku bersetuju  dengan sebab yang beliau berikan. Dia lantas memberikan nombor telefonnya. In sya Allah Aku akan menghunginya.

Beliau seorang yang peramah, mudah senyum dan suka berterus terang. Aku cukup selesa  berkawan dengannya.


Shakir Taha

shakirtaha@gmail.com

Tuesday, 22 September 2015

Kawan Yang Berasal Dari Kepala Batas

Dia kawan di sekolah rendah dan menengah. Selepas sekolah di Kepala Batas Secondary School aku dengar dia berada di Kuala Lumpur. Khabarnya berniaga di Jalan Mesjid India. Semasa di Kepala Batas,Pulau Pinang, bapanya membuka kedai runcit. Asal usulnya aku kurang jelas.Kami hanya tahu dia berketurunan Mamak.

Ejaan namanya juga tidak pasti. Hidayathu ataupun Hitayathu. Pastinya Aku tidak pernah langsung berjumpa dengannya sampai sekarang.

Berita yang terakhir Aku dengar tentang Hidayathu, dia berada dan menetap di Pulau Besar, Melaka.

Wallahu 'Alam.

Oleh Shakir Md Taha

Thursday, 17 September 2015

Rakan-rakan KBSS 72

Bila ada kesempatan dan kelapangan menziarahi kawan cukup bermakna. Memanglah selepas zaman persekolalahan dan sudah berkeluargaan agak sukar untuk bertemu.

Ada waktu untuk bertemu rakan-rakan perlukan perancangan yang baik.Hasnah ,Fatimah dan Datin Che Tah bercadang untuk singgah di kedai ais krim Azizun Karim. Azizun agak sibuk dengan perniagaan ais krim yang cukup berjenama tinggi itu.

Agak lewat juga mereka tiba tapak perniagaan Azizun. Mereka semuanya sudah berstatus nenek Tapi masih sihat dan kelihatan anggun.







Kedatangan mereka sambut mesra oleh Azizun dan isterinya pada petang itu.Beliau memperkenalkan latarbelakang mereka kepada isterinya.Dan Hasnah tidak dapat berbual panjang kerana jadual keretapi ETS sudah tidak sabar lagi menanti kedatangannya.


Oleh Abu Rambairy

Saturday, 5 September 2015

Pemergian Ibu Mertua Prof Zaki Salleh

Langit menangis petang itu. Ibu mertua Prof Zaki pergi menemui Allah seawal pukul 8 pagi. Sebelum pukul 5 petang Allahyarhamah selamat bersemadi di tanah perkuburan Masjid Kg Banggul,Pokok Sena,Kepala Batas,Seberang Perai Utara.

Ramai juga rakan Prof Zaki daripada KBSS 1972 yang hadir. Aku tidak sempat bertemu dengan Hasnan dan Abdul Aziz. Mereka datang lebih awal dan terus pulang ke ada urusan keluarga.














Aku datang bersama Dr.Doraisamy pada petang itu.Pengkebumian berjalanan lancar.Kami berempat menunggu Prof Zaki sehingga bacaan talkin selesai.

Kami mengucapkan salam takziah kepada Prof Zaki diatas pemergian ibu mertua yang dikasihi.

Sebelum berangkat pulang Aku mengucapkan tahniah diatas kurniaan gelaran Datuk oleh kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada Zaki

Dan langit masih lagi menangis.


Oleh Abu Rambairy

Friday, 4 September 2015

Pokok Anggor Di Rumah Roslan

Pokok Anggor yang ditanam oleh Roslan Taib telah membuahkan hasilnya.Ia menanamnya didalam pasu bunga tanpa sebarang naungan.

Menurutnya buah anggor ini agak masam sedikit. Beliau sedang menggunakan baja khas supaya buahnya manis.

Rumahnya membina rumahnya di Manjoi.Tempatnya di atas tanah tinggi.
Beliau membeli anak anggor ini Ipoh.Menurutnya anak anggor banyak dijual di Ipoh. Tidak sulit untuk mendapatkannya.

Menurut Roslan ilmu sains pertanian yang dipelajari di KBSS dahulu amat berguna sekali.

Oleh Abu Rambairy

Sunday, 30 August 2015

Ismail Ishak Dan Johari Pajak Song

Kata Md Noor Salleh, Johari anak jati Kg Pajak |Song, kir-kira 4 kilometer ke Pekan Kepala Batas.Beliau peramah dan lembut tutur katanya. Sekarang beliau menetap di Ipoh dan sudah bersara.

Ismail Ishak 'anak teruna' yang mempunyai 4 orang anak lelaki dan sudah bercucu.Dahulu bekerja dengan Telekom Malaysia dan sekarang bekerja sendiri sebagai   kontraktor. Orangnya masih ganteng dan bergaya.

Waktu siangnya dia terlalu sibuk. Sukar dihubungi. Malamlah waktu yang sesuai untuk bertemu dengan beliau.



Ismail Ishak orang Seberang tapi gaya bercakapnya macam Nana Tanjung.Seorang yang periang dan mudah ketawa walaupun diseludungi kesepian dan ditimpa masalah.

Oleh Abu Rambairy

Bertemu Dengan Saiful

Cukup lama tidak bertemu dengan Saiful. Pertemuan pada malam itu cukup mengharukan.Saiful masih tersenyum dan ketawa. Ingatannya masih baik. Dia cukup ingat kepada ibuku.

"Emak hang sihat lagi? Kirim salam kat Emak hang ." Beliau datang dari jauh,Kuala Lumpur. Semata-mata untuk bertemu dengan kawan-kawan yang jauh dimata tapi dekat dihati.

Hampir empat puluhan aku tidak bertemu dengan dia.Dia datang ditemani oleh isterinya pada malam itu

Aku hanya mendengar berita yang dia uzur. Tidak tahu keadaan sebenar apa yang berlaku terhadap dirinya.

Kedatangannya pada malam itu dengan kereta sorong cukup mengharukan. Suaranya dan percakapannya cukup jelas.
Ketika keluar dari dewan makan Saiful Aku lihat Alias Muhammad yang menyorong kereta sorong Saiful. Kawan-kawannya yang bertaraf Pak Jeneral dan Dr.masih sibuk melayan kawan-kawan yang bertaraf koprat.


Malam tautan persahabatan itu agak hambar dan tawar. Bagaimana pun Aku merasa lega dapat berjumpa dengan Saiful,Ruslan, Yuseri,Ismail Ishak, Tok Man Pilot, Prof Abu Hassan, Alias,Chee Keong dan beberapa wajah yang aku tidak kenal.


Oleh Shakir Taha.

Saturday, 15 August 2015

Terkenang Masa Lalu

Nama Yuseri Yusof kawan sekolah hinggalah dia menjadi pensyarah Maktab Perguruan sukar aku lupakan.Banyak kenangan indah dan lucu tetap terpahat dalam ingatan walaupun perkara itu berlaku 40 tahun yang lalu.

Terkenang masa lalu
Hatiku menjadi terharu.

Kami pernah bersekolah di Bukit Mertajam pada tahun 1973-74. Aku menaiki bas di Kepala Batas dan Yuseri menunggu bas di Pokok Sena.Stesen terakhir ialah Bukit Mertajam.Pergi balik dengan menggunakan bas UTC(nama syarikat bas).

Ada waktunya dia tertidur dalam bas.Bas ini akan menuju ke Sungai Patani iaitu stesen yang terakhir sekali.

Aku dan Ismail membiarkan sahaja dia tertidur dalam bas.Dia sepatut berhenti ataupun turun di Pokok Sena. Hari pertama dia tertidur sampai Pongsu Seribu.Di sini baru dia dikejutkan. Dan dia pun turun di Pongsu Seribu.Mengikut ceritanya sendiri dia terpaksa berjalan kaki ke rumahnya di Pokok Sena!


Kali kedua dia dibiarkan tidur sampai Simpang Keling.Ada orang yang perasan Yuseri sepatutnya  turun di Pokok Sena lalu dia cepat-cepat kejutkan Yuseri.Orang itu ialah konduktor bas, Kami hanya tersenyum sahaja.


Oleh Muhammad Filfilan.

Wednesday, 12 August 2015

Kehebatan ilmiah pemikiran Malik Bennabi | Ummatan Wasatan

Seteguk Air Di Kuala Kubu Baru

Dulu katanya tiada ada yang sudi singgah ke rumahnya melainkan Si Kalsom Hamid sahaja. Yang lain jauh sekali.Rasanya baru kelmarin aku tidak bertemu dengan Hasnah Din.Rupanya sudah 40 tahun berlalu.

Ramai kawan dan rakan tidak tahu di mana Hasnah tinggal. Dan kerana itulah mereka terus berlalu memecut di lebuh raya ke tempat yang dituju tanpa berhenti.

Sejak akhir ini ramai yang tahu di mana Hasnah tinggal lalu berhenti sekejap meneguk segelas air,menyapa salam dan menjamah pinggan nasi.

Aku, Solmi Ahmad dan Pak Abu Hassan juga singgah sebentar di sini sebelum pulang ke kampung.
Malah Cikgu Saleha Arshad dan Dr.Fatimah pun singgah sekadar menghilangkan penat.

Oleh Abu Rambairy


Zauyah Hussein

Nama Zauyah Hussein memang tidak asing bagi pelajar KBSS 1967-1972. Beliau terkenal sebagai seorang ahli pidato yang hebat pada masa itu.
Beliau sering memasuki pertandingan pidato anjuran sekolah.

Beliau sekarang tinggal di Kuantan Pahang.Rakan-rakan seperti Othman Abdullah,Faridah Hj Ahmad,Dr,Fatimah Salleh dan Ibrahim Hashim melapangkan masa menziarahi Zauyah di Kuantan tidak lama dahulu.

Aku sempat bercakap melalui telefon dengan beliau dan suaminya. Aku tak pasti sama ada dia masih ingat nama Aku. Tapi bila aku sebut soal pidato dia cukup ingat." Itu dulu,lama dah,"jelas beliau dengan suara yang  agak perlahan.

Oleh Abu Rambairy

Saturday, 8 August 2015

Md Noor Salleh Guru Yang Tabah

Md Noor Salleh anak kelahiran Pajak Song,Kepala Batas,Seberang Perai. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Permatang Bertam.Beliau kemudian meneruskan pelajaran ke sekolah aliran Inggeris yang dikenali dengan nama Kepala Batas Secondary School(KBSS). Rakan sebaya dari Pajak Song turut sama ke KBSS ialah Johari Ahmad,Asri Hj Ghazali dan Norhayati Khamis

Selepas tamat sijil Malaysia Certificate of Education beliau terus bekerja di kilang sebelum memasuki maktab perguruan di Pulau Pinang

Setelah tamat pengajian di Maktab Perguruan di Pulau Pinang di hantar bertugas di Kedah. Berkat kerajinan dan kesungguhan bekerja beliau dilantik sebagai PK Hem( Penolong Kanan Hal Ehwal Murid). Beliau telah ditawarkan untuk menjadi Guru Besar tetapi menolak tawaran atas alasan kesihatan

Semasa dalam perkhidmatannya sebagai seorang beliau telah diserang penyakit angin ahmar dan lumpuh separuh badan.Beliau tidak boleh bergerak. "Aku macam timun."jelas Md Noor.

Tetapi berkat usahanya berubat dan berdoa penyakit beransur pulih walaupun tidak 100%. Beliau boleh memandu dan ke pasar tanpa bantuan siapa-siapa.

Beliau mempunyai keahlian melukis dan menulis cerpen. Semasa di sekolah seingat Aku dia rajin menulis cerita.Aku selalu juga membaca ceritanya. Tapi setahu dan seingat aku dia tidak pernah menghantar karyanya ke mana-mana penerbitan atau radio seperti Kalsom Hamid yang menghanar sajaknya ke radio. Md Noor Salleh hanya  memberi tulisannya untuk dibaca oleh kawan-kawan seperti Aku.



Oleh Abu Rambairy

Tuesday, 21 July 2015

Memahat Janji Mengukir Kenangan

Bekas pelajar KBSS sesi 1967-72 mengadakan pertemuan awal sempena hari raya Edil Fitri yang ke 3 di rumah Cikgu Noor  Azmi Md Jan. Pertemuan yang bersejarah ini dipengerusilan oleh Prof. Dr, Zaki Salleh. (Gambar beliau di kanan)

Rata-rata mereka sudah berusia 60 tahun. Ada yang sudah bersara. Dan ada yang akan bersara dalam masa yang terdekat.



Makanan utama seperti nasi dan lauk disediakan oleh Cikgu Noor Azmi selaku Tuan rumah di majlis itu.Hidangan lain disediakan secara 'pot luck' oleh rakan-rakan yang berugama Islam.Ramai yang memuji keenakan hidangan yang disedikan.Kelazatan makanan cukuplah terasa ketika perut sudah lapar.

Ramai yang memuji kelazatan laksa TMP yang dibawa khas dari Tasek Glugur.Selepas tiga empat hari pertemuan laksa TMP sudah mendapat permintaan dan tempahan daripada rakan-rakan. Kawan baik Aku Dr.Doraisamy selalu menceritakan tentang laksa TMP ini.Beliau  katanya tidak pernah absen untuk menjungi keluarga TMP setiap kali hari raya Edil Fitri.

Pertemuan yang dihadiri oleh tiga kaum di Malaysia jelas memaparkan semangat muhibah yang tinggi tanpa mengira faham politik yang dianuti.Perkara ini terjadi berpaksikan sistem pendidikan yang disemai pada awal tahun 60an lagi. Penggunaan Bahasa Melayu dan Inggeris menjadi pengikat yang kukuh sampai sekarang ini.





Oleh Shakir Taha











Thursday, 11 June 2015

Azizah Yusof Singgah Sebentar

Anak Teluk Air Tawar ini sudah menetap di Parit Buntar. Tapi seminggu sekali dia pasti pulang ke kampungnya di Teluk Air Tawar. Ada kuliah yang dia cukup sayang hendak tinggalkan.

Azizah seorang guru, kini sudah bersara. Pengajian agama di Teluk Air Tawar  dia tidak pernah absen kecuali benar-benar uzur. Dia cukup istiqamah dengan pengajian agama di kampungnya.

Dalam pada itu dia sempat meluangkan masanya untuk bertemu sahabat lama yang sekian lama dia tidak bersua muka. Mereka sama-sama belajar di Kepala Batas Secondary School, Kepala Batas, Seberang Perai Utara.

Che Tom(gambar bertudung putih) menerima kedatangan kawan lama dengan penuh kegembiraan.

Che Tom kini menetap di Tambun, tidak jauh dengan Ipoh,Perak.

Oleh Abu Rambairy

Tuesday, 9 June 2015

Mi Udang Di Kedai Pak Long Sobri

Nor Azmi kata dia nak belanja makan mi udang Sungai Dua. Dahulu Pekan Sungai di Seberang Perai Utara cukup terkenal mi udang.Dahulu udang yang digunakan ialah undang galah.Udang galah dari sungai. Ada udang yang besar dan kecil digunakan.

Alias kawanku seorang ahli perniaga mencadangkan dibeli sahaja udang segar dipasar dan minta Pak Long Sobri memakannya. Pak Long Sobri tuan punya kedai bersetuju untuk memakannya.


Petang itu turunlah Md Alif,Azizan Kulim, Hasnah Din,Noor  Azmi Md Jan,Mubarak Ali dan Alias ke warung Pak Long Sobri di Permatang Labu.

Pak Long sendiri yang memasak hidang itu. Dihidangnya udang itu panas-panas. Makan sampai menjilat jari.


Gambar di atas.Depan Nor Azmi. Bersongkok putih Md Alif dan berkacamata Azizan Kulim.


Hidangan mi udang Pak Long Sobri memang sedap.Dalam usia belasan tahun beliau sudah membuka kedai makanan. Beliau anak Permatang Tok Labu.Di sinilah beliau dilahirkan dan dibesarkan. Di sini jugalah mencari rezekinya dengan membuka kedai makan.(Gambarnya yang berbaju kuning).

Baiknya Pak Long Sobri,permintaan kawan-kawan tidak pernah ditolak walaupun kedatangan kami sudah larut malam.Pak Long sentiasa senyum mesra.

Kami begitu selesa makan di warung Pak Long.Di sini jugalah tempat kami berkumpul bila ramai yang pulang ke kampung.



Oleh Abu Rambairy



Monday, 8 June 2015

Makan Mi Udang Di Kedai Pak Long Sabri Ptg Tok Labu




Pertemuan singkat angkatan 70an yang dkenali sebagai KBSS 72 telah bertemu dan beramah mesra di kedai makan Pak Long Sabri.Hidangan istimewa mi undang dimasak sendiri oleh Pak Long Sabri. Udang segar ini dipesan terus dari pembekal udang segar oleh Tuan Elias Muhammad.

Pertemuan dirancang khas oleh Encik Azmi Mohd Jan anak jati kampung Ptg Sintok.Turut hadir ialah Mubarak Ali,Elias Muhammad,Pn Hasnah Din, Mohd Alif@Aziz,Azizan Kulim dan Azmi sendiri.

Pak Long Sabri pemilek kedai ini juga dari angkatan yang sama.Beliau lebih cenderung untuk menceburi dalam bidang perniagaan makanan.


Oleh Abu Rambairy

Friday, 5 June 2015

Pertemuan Diusia Senja

Dalam kesibukan menguruskan rumahtangga mereka masih mampu meluangkan masa ntuk bertemu, bertanya  khabar dan makan-makan.
Tentulah suatu yang mengembirakan bertemu kembali setelah 40 tahun tidak bertemu.

Kesempatan cuti persekolahan memberikan ruang dan waktu untuk bertemu dan bertanya khabar.


Che Tom Desa dan rakan-rakan mengadakan pertemuan kilat. Pertemuan mereka tidak ditemani oleh anak ataupun cucu-cucu tersayang.



Kegembiraan jelas terlukis diwajah mereka. Bukanlah perkara mudah untuk bertemu dalam usia sebegini rupa. Tapi atas dasar semangat setia kawan dan jalinan ukhuwah mereka dengan susah payah menjadi impian suatu kenyataan. Bertemu dan berpisah adalah lumrah dunia.


















Oleh Abu Rambairy

Wednesday, 3 June 2015

Sebentar di Manjoi

Kami telah merancang untuk singgah di rumah Ruslan Taib selepas menziarahi Hasnah Din di Kuala Kubu Baru,Selangor.

Kami berhenti berdekatan  Bangunan Percetakan Nasional. Setelah makan mi rebus kedai Ramli kami terus dengan kereta Ruslan ke rumahnya. Kereta Abu Hassan ditinggalkan di hadapan kedai Ramli.
Jalan ke rumahnya tak cantik kata Ruslan.


Rumah dua tingkat terletak di atas bukit menyambut kedatangan kami.Kawasan itu tenang dan damai.Suara azan magrib memecah kesunyian senja yang sudah berbalam-balam.

Kami sempat melawat suasan malam di pekan Manjoi.Majoriti penduduk di sini ialah orang Melayu kelas menengah. Mereka mampu memberikan pendidikan tinggi kepada anak-anak mereka.Dalam hal ini Ruslan tidak terkecuali.

Beliau bersara seawal  umurnya 38 tahun. Sebelum  itu  beliau  seorang guru pendidikan. seni. Beliau terjun dalam dunia pengiklanan.Atas permintaan anak-anak, beliau bersara dari dunia seni pengiklanannya.


Oleh Abu Rambairy

Guru-Guru KBSS 1972



Tenaga Pengajar KBSS 1971


Kenangan Mengusik Jiwa





Awaludin Md Yasin dan Ruslan Taib

Dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur aku menerima panggilan telefon dari suara yang aku pernah dengar 40 tahun yang lalu."Bila sampai Kampar tolong telefon aku," suara itu meminta aku menefon sebelum pukul 6petang.

Hampir 5.30 petang sampai Kampar. Aku terus menefon lelaki ini."Awaludin aku dah sampai Kampar."

Aku menghubungi Ruslan Taib yang tinggal dan menetap di Manjoi.

Ruslan membawa kami ke kedai Ramli yang terkenal dengan mi rebusnya.

Aku,Abu Hassan,Ruslan dan Awaludin memesan hidangan yang sama.Selepas makan  Mukami dibawa oleh Ruslan ke rumahnya di atas bukit. Awaludin tersesat jalan untuk ke rumah Ruslan. Dia terus pulang ke rumahnya di Ipoh.

Ruslan membawa melihat suasana makan di pekan Manjoi. Supermarket Mydin tegak megah berdiri di sini.Majoriti penduduk d sini ialah orang Melayu.


Malam masih muda.Oleh kerana besok ada urusan penting Abu Hassan memecut Mesnya meninggal pekan Manjoi yang ahli parlimen diwakili oleh Barisan Nasional.

Aku hanya memerhati lampu-lampu di pinggir jalan bertengkar dengan Sang Malam.

Oleh Abu Rambairy

Wednesday, 13 May 2015

Ustaz Hj Mahmud Terus Menabur Bakti

Dalam usia semakin senja Ustaz Hj Mahmud Ismail terus berbakti kepada umat. Ustaz yang mempunyai kelulusan sijil tertinggi Pondok Pokok Sena, tidak jauh daripada pekan Kepala Batas di Seberang Perai Utara menjadikan banglonya tempat pengajian Al-Quran.

Anak didiknya bertelaqi selama 2 jam dengannya, Ustaz melakukannya secara sukarela dan percuma. Setiap lapisan masyarakat bermula daripada buruh sampai golongan profesional menimba ilmu daripada beliau.

Beliau menyediakam bilik yang selesa dan dilengkapi dengan penghawa dingin.

Beliau mula berkhidmat di Kepala Batas Secondary School pada tahun 1964 hingga 1986. Sekarang sekolah ini telah bertukarnya nama kepada  Sekolah Menengah Datuk Abdul Kadir






Di bilik inilah Ustaz Hj Mahmud menghabis sebahagian daripada umurnya mengajar anak didiknya membetulkan bacaan dan tajwid Al-Quran. Sambutan daripada masyarakat cukup menggalakan.

Walaupun sudah berumur 77 tahun tapi pendengarannya cukup baik. Cuma ada waktunya penglihatannya agak terganggu sedikit. Beliau tidak boleh membaca lama. Itu sahaja.

Seingat aku beliau tidaklah segempal sekarang. Menurut Ustaz saiz seluarnya 42 sekarang, Dahulu sekarang berumur 35 tahun saiz seluarnya 30 hingga 32 sahaja,

Didoakan Ustaz Hj Mahmud diberi kesihatan yang baik dan teruskan menabur bakti kepada umat. Amin.


Oleh Shakir Taha

Monday, 11 May 2015

Mr.Phan Guru Yang Dedikasi,Cekap Menembak


Mr.Phan seorang guru yang cukup dedikasi. Dia akan memulakan kelas awal 10 minit  daripada jadual biasa.Tiap-tiap hari begitulah keadaannya.

Beliau cukup minat bermain badminton. Satu lagi minatnya ialah menembak burung dan tupai. Beliau cukup mahir dalam bidang tembak menembak ini.Biasanya beliau masuk kampung untuk menembak tupai..

Beliau mati diserang penyakit jantung selepas bermain badminton
Aku masih ingat dia mempunyai anak lelaki yang bernama Jimmy.



Mr.Phan (Gambar 1967)                                                                                                                                                        
Oleh Shakir Taha

Wednesday, 6 May 2015

Harun Othman Tidak Dikenali

Bila Azimy Don menyebut nama Harun Othman orang Padang Menora aku tidak nampak wajahnya langsung. Dia meninggalkan KBSS semasa tingkatan 3(1970). Dia mengambil SPM secara persendirian.

Beliau menumpukan perhatian membantu adik-adiknya hingga berjaya.

Sebelum ini aku dan Azmi ke rumahnya. Dia tiada di rumah. Dia ke Melaka. Kami tidak menghubunginya terlebih dahulu sebelum ke rumahnya. Ini kerana kami tiada no telefonnya.

Azimy mengetahui letak duduk rumah Harun. Dia sudah bersara. Beliau pernah berkhidmat sebagai pegawai keselamtan.

Beliau sekarang menghabiskan lapangnya turun ke kebun.Harun cukup minat berkebun dan yang berkaitan dengan pertanian.


Oleh Shakir Taha.

Wednesday, 15 April 2015

Ruslan Taib Pelukis Berbakat

Sebut sahaja nama Ruslan Taib yang kami ingat dia jaguh sepak takraw.Libasnya selalu memberikan pukulan 'maut' kepada lawan. Ismail Jaafar(Allahyarham) sama hebat.

Ruslan Taib seorang pelukis. Demikian juga Ismail Jaafar.Tapi umur Ismail Jaafar tidak panjang.Dia lumpuh selepas kemalangan.

Ruslan dibesarkan di Permatang Sungai Dua,tidak jauh daripada Pekan Sungai Dua. Pekan ini terkenal dengan hidangan mi udang. Dahulu Pekan ini terkenal dengan mi udang Pak Ngah.Aku kalau nak makan mi ini terpaksalah berbasikal ke sini. Selepas itu singgah rumah Ruslan.

Ruslan bertugas sebagai guru tetapi kemudiannya meletakkan jawatan kerana mahu melibatkan diri dalam bidang perniagaan.

(Gambar tahun 1974)

Beliau sekarang menetap di sebuah perkampungan yang tidak jauh daripada bandar Ipoh. Di kampung ini beliau sebagai 'orang tua'. Kebanyakan aktiviti di sini dilakukan secara gotong-royong. Suasana kekeluargaan masih hidup subur di sini.

Dan baru-baru ini aku dikejutkan bila dia menyebut nama 'Solomon Esmanto jaguh bina badan yang berasal dari Sarawak itu dan pernah menjadi juara Mr. Asia. Dia masih ingat dengan nama jaguh ini walaupun sudah 40 tahun berlalu.


Oleh Abu Rambairy

Tuesday, 14 April 2015

Wajah Dalam Seribu Kenangan


Guru tingkatan: Miss Low Siew Lan. Miss Low kemudian berkahwin dengan Mr.Jefrey Chan yang mengajar sains pertanian.

Gambar oleh Ir.Hamdan Tahir.

Bila Ku Kenang

Aku tersenyum sahaja bila ada kawan bertanya di mana sekarang?
Aku sendiri tidak boleh menjawab kerana tidak tahu.Setahu Aku Hasnah Din tingggal di Kampung Gurun(maaf tidak gurun di situ ataupun kambing gurun) kira-kira 12 km daripada Kepala Batas.

Bapanya seorang petani. Pada masa itu padi ditanam enam bulan sekali. Dia ke sekolah dengan bas. Nama pemandu itu dipanggil Pak Cin. Jadi siapa yang naik bas itu, disebut 'naik bas Pak Chin'.Hasnah selalu terdiri atas tanggga bas itu.Aku tak tanya kenapa dia suka berdiri di atas tangga.

Ada waktu dia berbasikal ke sekolah. Itupun Aku tak pernah tanya. Dia pandai silat. Kata orang nama silat itu, 'silat pulut'. Aku pernah tengok dia bersilat di rumah kenduri kahwin. Hebat juga aku tengok diabersilat bila gendang dipalu, serunai beralun. Tentu orang jahat tak berani kacau Hasnah. Nanti kena tendang dan dilipat macam ketupat.

Dia memilih menjadi guru walaupun pernah mendapat tawaran menjadi pelatih polis inspektor.

Sebelum bersara beliau dilantik menjadi guru besar. Sekarang menetap di Kuala Kubu Baru.




Oleh Abu Rambairy

Hilang Kabus Nampaklah Dia

Azizan Aziz selepas  keputusan LCE terus menghilangkan diri daripada Kepala Batas Secondary School.

Dia bersekolah naik basikal dari Teluk Air Tawar ke sekolah. Ada waktunya dia naik bas.Biasa saja zaman itu ke sekolah menunggang basikal.


Azizan ke sekolah vokasional di Rembau, Negeri Sembilan. Semasa tingkatan 1hingga 3 dia dalam kelas sains pertanian. Mungkin kerana itu dia terus menyambung pelajarannya ke tingkatan 4 di sekolah menengah vokasional di Rembau.


    Selepas tamat sekolah menengah vokasional dia terus mendapat tawaran kerja dengan FELDA di Pahang.Beliau dikurniakan empat anak dan sekarang menetap di Kulim,Kedah.















Oleh Shakir Taha

Sunday, 12 April 2015

Ku Lihat Gambar Ini

Gambar ini rakam pada tahun 1972. Tingkatan 5A.Guru tingkatan Mr.Malakar.Masih sihat lagi. Dia tinggal di Kepala Batas.

Sekala sekali jumpa di kedai kopi Jalan Bertam. Dia masih aktif mengajar.Memberi tusyen. Aku tak pasti berapa umurnya.Dia seorang guru yang cukup rajin.

Semasa di sekolah rendah dia memberikan tusyen Bahasa Inggeris secara percuma. Kami menggunakan buku 'Dewan English Reader'. Aku kira buku itu sangat bagus.


Oleh Shakir Taha

Friday, 10 April 2015

Wajah- Wajah Yang 'Hilang'

Selepas tahun 1972 aku langsung tidak pernah menemui dua orang ini. Ismail Ahmad dan Awaluddin Md Yasin. Dengan Abu Hassan selalu berjumpa.

Ismail Ahmad orang Permatang Kuala, tidak jauh darpada Pekan Penaga. Katanya dia sudah enam tahun tak balik kampung. Saudaranya masih ada di Permatang Manggis kira-kira 1 km daripada Pekan Kepala Batas. Ismail sekarang tinggal di Subang Jaya.


Awaluddin Md Yassin orang Lahar Yoi.Nama Lahar Yoi cukup popular semasa Dato'Sri Anwar Ibrahim menjadi Presiden ABIM.


Dengar cerita Awaluddin pernah bekerja dengan CIMB. Aku tak tahu apa jawatan yang pegang. Dia graduan daripada Universiti Malaya.




Dengan Abu Hassan tak putus hubungan.Kalau Aku ke USM  aku hubungi dia. Kami sembang-sembang sambil minum teh tarik.


Oleh Shakir Taha

Tuesday, 7 April 2015

YB Ambangan Height,Sungai Patani

Sehari sebelum ke Sungai Patani aku hubungi Hasnan Hashim. Dia ada di rumah.

Aku ajak dia minum petang dekat Hong Kong and Shanghai Bank. Semua gerai di situ buka pada pukul 5.00 petang. Ada yang lewat.

Di sebelah pagi ianya digunakan sebagai tempat letak kereta.Peniaga makanan dan minuman semuanya orang Islam.Tempatnya berbumbung.



Petang itu kami makan capati dan air halia dan teh halia. Capati ini dibuat oleh orang berketurunan Patan(Afghanistan).

Capati di kedai ini cukup sedap. Teh halianya cukup istimewa. Aku nampak Hasnan makan cukup berselera sekali.

Dia suka berkebun.Dia akan balik ke kampungnya di Paya Keladi.Tanam sayur dan sebagai.Pengalamannya mengambil mata pelajaran sains pertanian semasa di sekolah(KBSS) banyak membantu dalam kerjanya yang dikira sebagai hobi.


Oleh Shakir  Taha.

Man Dah Tinggi

Othman Abdullah setahu Aku anak kelahiran
Tasek Glugur.Orangnya tidak tinggi.Mengikut Awi Dicu( tidak ada kena mengena dengan panglima Siam dalam kitab Sejarah Melayu) Man ni ketot,rendah.

Itu masa sekolah rendah dan menengah.Awi kata dia ketot.

Aku tanya sendiri,hang tinggi berapa dah sekarang? Man jawab," Cukuplah setakat jadi tentera,"
Ibrahim(gambar kiri tinggi)

Jadi aku boleh agak berapa tinggi Man ini. Dia khabar masih lagi dalam TUDM.








Gambar Terkini Othman Abdullah























Oleh Shakir Taha

Monday, 6 April 2015

Terkenang Masa Dahulu







   Mereka telah memahat nama dalam karier masing-masing. Ada yang masih bekerja.Ada sudah yang YB(yang bersara) dan menyertai POP ( Persatuan Orang Pencen). Ada yang telah kembali buat selama-lamanya. Semuanya layak mendapat  anugerah GST( Golongan Sudah Tua). Ada kalanya golongan sudah tua ini(GST) diserang penyakit GST ( Golongan Sukar Tidur) lagi. Jadi bila susah tidur jadi GST( Golongan Solat Tahajjuf). waktu malam.


Oleh Shakir Taha.

Lim Beng Chooi goes for organic vegetables

This is Lim Beng Chooi. He loves
organic foods."I try to go organic
as much as possible.Good for our
body and environment."

Below:
Our organic shallots from the garden. My wife is the green finger, I only know how to water.