Popular Posts

Sunday, 30 August 2015

Ismail Ishak Dan Johari Pajak Song

Kata Md Noor Salleh, Johari anak jati Kg Pajak |Song, kir-kira 4 kilometer ke Pekan Kepala Batas.Beliau peramah dan lembut tutur katanya. Sekarang beliau menetap di Ipoh dan sudah bersara.

Ismail Ishak 'anak teruna' yang mempunyai 4 orang anak lelaki dan sudah bercucu.Dahulu bekerja dengan Telekom Malaysia dan sekarang bekerja sendiri sebagai   kontraktor. Orangnya masih ganteng dan bergaya.

Waktu siangnya dia terlalu sibuk. Sukar dihubungi. Malamlah waktu yang sesuai untuk bertemu dengan beliau.



Ismail Ishak orang Seberang tapi gaya bercakapnya macam Nana Tanjung.Seorang yang periang dan mudah ketawa walaupun diseludungi kesepian dan ditimpa masalah.

Oleh Abu Rambairy

Bertemu Dengan Saiful

Cukup lama tidak bertemu dengan Saiful. Pertemuan pada malam itu cukup mengharukan.Saiful masih tersenyum dan ketawa. Ingatannya masih baik. Dia cukup ingat kepada ibuku.

"Emak hang sihat lagi? Kirim salam kat Emak hang ." Beliau datang dari jauh,Kuala Lumpur. Semata-mata untuk bertemu dengan kawan-kawan yang jauh dimata tapi dekat dihati.

Hampir empat puluhan aku tidak bertemu dengan dia.Dia datang ditemani oleh isterinya pada malam itu

Aku hanya mendengar berita yang dia uzur. Tidak tahu keadaan sebenar apa yang berlaku terhadap dirinya.

Kedatangannya pada malam itu dengan kereta sorong cukup mengharukan. Suaranya dan percakapannya cukup jelas.
Ketika keluar dari dewan makan Saiful Aku lihat Alias Muhammad yang menyorong kereta sorong Saiful. Kawan-kawannya yang bertaraf Pak Jeneral dan Dr.masih sibuk melayan kawan-kawan yang bertaraf koprat.


Malam tautan persahabatan itu agak hambar dan tawar. Bagaimana pun Aku merasa lega dapat berjumpa dengan Saiful,Ruslan, Yuseri,Ismail Ishak, Tok Man Pilot, Prof Abu Hassan, Alias,Chee Keong dan beberapa wajah yang aku tidak kenal.


Oleh Shakir Taha.

Saturday, 15 August 2015

Terkenang Masa Lalu

Nama Yuseri Yusof kawan sekolah hinggalah dia menjadi pensyarah Maktab Perguruan sukar aku lupakan.Banyak kenangan indah dan lucu tetap terpahat dalam ingatan walaupun perkara itu berlaku 40 tahun yang lalu.

Terkenang masa lalu
Hatiku menjadi terharu.

Kami pernah bersekolah di Bukit Mertajam pada tahun 1973-74. Aku menaiki bas di Kepala Batas dan Yuseri menunggu bas di Pokok Sena.Stesen terakhir ialah Bukit Mertajam.Pergi balik dengan menggunakan bas UTC(nama syarikat bas).

Ada waktunya dia tertidur dalam bas.Bas ini akan menuju ke Sungai Patani iaitu stesen yang terakhir sekali.

Aku dan Ismail membiarkan sahaja dia tertidur dalam bas.Dia sepatut berhenti ataupun turun di Pokok Sena. Hari pertama dia tertidur sampai Pongsu Seribu.Di sini baru dia dikejutkan. Dan dia pun turun di Pongsu Seribu.Mengikut ceritanya sendiri dia terpaksa berjalan kaki ke rumahnya di Pokok Sena!


Kali kedua dia dibiarkan tidur sampai Simpang Keling.Ada orang yang perasan Yuseri sepatutnya  turun di Pokok Sena lalu dia cepat-cepat kejutkan Yuseri.Orang itu ialah konduktor bas, Kami hanya tersenyum sahaja.


Oleh Muhammad Filfilan.

Wednesday, 12 August 2015

Kehebatan ilmiah pemikiran Malik Bennabi | Ummatan Wasatan

Seteguk Air Di Kuala Kubu Baru

Dulu katanya tiada ada yang sudi singgah ke rumahnya melainkan Si Kalsom Hamid sahaja. Yang lain jauh sekali.Rasanya baru kelmarin aku tidak bertemu dengan Hasnah Din.Rupanya sudah 40 tahun berlalu.

Ramai kawan dan rakan tidak tahu di mana Hasnah tinggal. Dan kerana itulah mereka terus berlalu memecut di lebuh raya ke tempat yang dituju tanpa berhenti.

Sejak akhir ini ramai yang tahu di mana Hasnah tinggal lalu berhenti sekejap meneguk segelas air,menyapa salam dan menjamah pinggan nasi.

Aku, Solmi Ahmad dan Pak Abu Hassan juga singgah sebentar di sini sebelum pulang ke kampung.
Malah Cikgu Saleha Arshad dan Dr.Fatimah pun singgah sekadar menghilangkan penat.

Oleh Abu Rambairy


Zauyah Hussein

Nama Zauyah Hussein memang tidak asing bagi pelajar KBSS 1967-1972. Beliau terkenal sebagai seorang ahli pidato yang hebat pada masa itu.
Beliau sering memasuki pertandingan pidato anjuran sekolah.

Beliau sekarang tinggal di Kuantan Pahang.Rakan-rakan seperti Othman Abdullah,Faridah Hj Ahmad,Dr,Fatimah Salleh dan Ibrahim Hashim melapangkan masa menziarahi Zauyah di Kuantan tidak lama dahulu.

Aku sempat bercakap melalui telefon dengan beliau dan suaminya. Aku tak pasti sama ada dia masih ingat nama Aku. Tapi bila aku sebut soal pidato dia cukup ingat." Itu dulu,lama dah,"jelas beliau dengan suara yang  agak perlahan.

Oleh Abu Rambairy

Saturday, 8 August 2015

Md Noor Salleh Guru Yang Tabah

Md Noor Salleh anak kelahiran Pajak Song,Kepala Batas,Seberang Perai. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Permatang Bertam.Beliau kemudian meneruskan pelajaran ke sekolah aliran Inggeris yang dikenali dengan nama Kepala Batas Secondary School(KBSS). Rakan sebaya dari Pajak Song turut sama ke KBSS ialah Johari Ahmad,Asri Hj Ghazali dan Norhayati Khamis

Selepas tamat sijil Malaysia Certificate of Education beliau terus bekerja di kilang sebelum memasuki maktab perguruan di Pulau Pinang

Setelah tamat pengajian di Maktab Perguruan di Pulau Pinang di hantar bertugas di Kedah. Berkat kerajinan dan kesungguhan bekerja beliau dilantik sebagai PK Hem( Penolong Kanan Hal Ehwal Murid). Beliau telah ditawarkan untuk menjadi Guru Besar tetapi menolak tawaran atas alasan kesihatan

Semasa dalam perkhidmatannya sebagai seorang beliau telah diserang penyakit angin ahmar dan lumpuh separuh badan.Beliau tidak boleh bergerak. "Aku macam timun."jelas Md Noor.

Tetapi berkat usahanya berubat dan berdoa penyakit beransur pulih walaupun tidak 100%. Beliau boleh memandu dan ke pasar tanpa bantuan siapa-siapa.

Beliau mempunyai keahlian melukis dan menulis cerpen. Semasa di sekolah seingat Aku dia rajin menulis cerita.Aku selalu juga membaca ceritanya. Tapi setahu dan seingat aku dia tidak pernah menghantar karyanya ke mana-mana penerbitan atau radio seperti Kalsom Hamid yang menghanar sajaknya ke radio. Md Noor Salleh hanya  memberi tulisannya untuk dibaca oleh kawan-kawan seperti Aku.



Oleh Abu Rambairy