Aku tersenyum sahaja bila ada kawan bertanya di mana sekarang?Aku sendiri tidak boleh menjawab kerana tidak tahu.Setahu Aku Hasnah Din tingggal di Kampung Gurun(maaf tidak gurun di situ ataupun kambing gurun) kira-kira 12 km daripada Kepala Batas.
Bapanya seorang petani. Pada masa itu padi ditanam enam bulan sekali. Dia ke sekolah dengan bas. Nama pemandu itu dipanggil Pak Cin. Jadi siapa yang naik bas itu, disebut 'naik bas Pak Chin'.Hasnah selalu terdiri atas tanggga bas itu.Aku tak tanya kenapa dia suka berdiri di atas tangga.
Ada waktu dia berbasikal ke sekolah. Itupun Aku tak pernah tanya. Dia pandai silat. Kata orang nama silat itu, 'silat pulut'. Aku pernah tengok dia bersilat di rumah kenduri kahwin. Hebat juga aku tengok diabersilat bila gendang dipalu, serunai beralun. Tentu orang jahat tak berani kacau Hasnah. Nanti kena tendang dan dilipat macam ketupat.
Dia memilih menjadi guru walaupun pernah mendapat tawaran menjadi pelatih polis inspektor.
Sebelum bersara beliau dilantik menjadi guru besar. Sekarang menetap di Kuala Kubu Baru.
Oleh Abu Rambairy

No comments:
Post a Comment