Azizan Aziz selepas keputusan LCE terus menghilangkan diri daripada Kepala Batas Secondary School.Dia bersekolah naik basikal dari Teluk Air Tawar ke sekolah. Ada waktunya dia naik bas.Biasa saja zaman itu ke sekolah menunggang basikal.
Azizan ke sekolah vokasional di Rembau, Negeri Sembilan. Semasa tingkatan 1hingga 3 dia dalam kelas sains pertanian. Mungkin kerana itu dia terus menyambung pelajarannya ke tingkatan 4 di sekolah menengah vokasional di Rembau.
Selepas tamat sekolah menengah vokasional dia terus mendapat tawaran kerja dengan FELDA di Pahang.Beliau dikurniakan empat anak dan sekarang menetap di Kulim,Kedah.
Oleh Shakir Taha

No comments:
Post a Comment