Dalam usia semakin senja Ustaz Hj Mahmud Ismail terus berbakti kepada umat. Ustaz yang mempunyai kelulusan sijil tertinggi Pondok Pokok Sena, tidak jauh daripada pekan Kepala Batas di Seberang Perai Utara menjadikan banglonya tempat pengajian Al-Quran.
Anak didiknya bertelaqi selama 2 jam dengannya, Ustaz melakukannya secara sukarela dan percuma. Setiap lapisan masyarakat bermula daripada buruh sampai golongan profesional menimba ilmu daripada beliau.
Beliau menyediakam bilik yang selesa dan dilengkapi dengan penghawa dingin.
Beliau mula berkhidmat di Kepala Batas Secondary School pada tahun 1964 hingga 1986. Sekarang sekolah ini telah bertukarnya nama kepada Sekolah Menengah Datuk Abdul Kadir
Di bilik inilah Ustaz Hj Mahmud menghabis sebahagian daripada umurnya mengajar anak didiknya membetulkan bacaan dan tajwid Al-Quran. Sambutan daripada masyarakat cukup menggalakan.
Walaupun sudah berumur 77 tahun tapi pendengarannya cukup baik. Cuma ada waktunya penglihatannya agak terganggu sedikit. Beliau tidak boleh membaca lama. Itu sahaja.
Seingat aku beliau tidaklah segempal sekarang. Menurut Ustaz saiz seluarnya 42 sekarang, Dahulu sekarang berumur 35 tahun saiz seluarnya 30 hingga 32 sahaja,
Didoakan Ustaz Hj Mahmud diberi kesihatan yang baik dan teruskan menabur bakti kepada umat. Amin.
Oleh Shakir Taha

No comments:
Post a Comment