Popular Posts

Saturday, 15 August 2015

Terkenang Masa Lalu

Nama Yuseri Yusof kawan sekolah hinggalah dia menjadi pensyarah Maktab Perguruan sukar aku lupakan.Banyak kenangan indah dan lucu tetap terpahat dalam ingatan walaupun perkara itu berlaku 40 tahun yang lalu.

Terkenang masa lalu
Hatiku menjadi terharu.

Kami pernah bersekolah di Bukit Mertajam pada tahun 1973-74. Aku menaiki bas di Kepala Batas dan Yuseri menunggu bas di Pokok Sena.Stesen terakhir ialah Bukit Mertajam.Pergi balik dengan menggunakan bas UTC(nama syarikat bas).

Ada waktunya dia tertidur dalam bas.Bas ini akan menuju ke Sungai Patani iaitu stesen yang terakhir sekali.

Aku dan Ismail membiarkan sahaja dia tertidur dalam bas.Dia sepatut berhenti ataupun turun di Pokok Sena. Hari pertama dia tertidur sampai Pongsu Seribu.Di sini baru dia dikejutkan. Dan dia pun turun di Pongsu Seribu.Mengikut ceritanya sendiri dia terpaksa berjalan kaki ke rumahnya di Pokok Sena!


Kali kedua dia dibiarkan tidur sampai Simpang Keling.Ada orang yang perasan Yuseri sepatutnya  turun di Pokok Sena lalu dia cepat-cepat kejutkan Yuseri.Orang itu ialah konduktor bas, Kami hanya tersenyum sahaja.


Oleh Muhammad Filfilan.

No comments:

Post a Comment