Md Noor Salleh anak kelahiran Pajak Song,Kepala Batas,Seberang Perai. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Permatang Bertam.Beliau kemudian meneruskan pelajaran ke sekolah aliran Inggeris yang dikenali dengan nama Kepala Batas Secondary School(KBSS). Rakan sebaya dari Pajak Song turut sama ke KBSS ialah Johari Ahmad,Asri Hj Ghazali dan Norhayati Khamis
Selepas tamat sijil Malaysia Certificate of Education beliau terus bekerja di kilang sebelum memasuki maktab perguruan di Pulau Pinang
Setelah tamat pengajian di Maktab Perguruan di Pulau Pinang di hantar bertugas di Kedah. Berkat kerajinan dan kesungguhan bekerja beliau dilantik sebagai PK Hem( Penolong Kanan Hal Ehwal Murid). Beliau telah ditawarkan untuk menjadi Guru Besar tetapi menolak tawaran atas alasan kesihatan
Semasa dalam perkhidmatannya sebagai seorang beliau telah diserang penyakit angin ahmar dan lumpuh separuh badan.Beliau tidak boleh bergerak. "Aku macam timun."jelas Md Noor.
Tetapi berkat usahanya berubat dan berdoa penyakit beransur pulih walaupun tidak 100%. Beliau boleh memandu dan ke pasar tanpa bantuan siapa-siapa.
Beliau mempunyai keahlian melukis dan menulis cerpen. Semasa di sekolah seingat Aku dia rajin menulis cerita.Aku selalu juga membaca ceritanya. Tapi setahu dan seingat aku dia tidak pernah menghantar karyanya ke mana-mana penerbitan atau radio seperti Kalsom Hamid yang menghanar sajaknya ke radio. Md Noor Salleh hanya memberi tulisannya untuk dibaca oleh kawan-kawan seperti Aku.
Oleh Abu Rambairy

Rajin betul Anak Cikgu Taha nie tulis biografi.Anyway thanks for the post.
ReplyDeleteSama-sama Mas Aji
Delete